Monday, September 7, 2009

Trauma : Logik Sisters in Islam

Sisters in Islam memberi alasan bahawa hukuman sebat terhadap Kartika tidak harus dilaksanakan kerana Kartika telah mengalami trauma sebelum sebatan dijalankan dan kerana sebatan akan menyebabkan Kartika mengalami trauma hingga ke akhir hayat.

Apakah logik SII ni ye, apakah orang yang akan menjalani hukuman syariah sahaja yang mengalami trauma, sementara orang yang menjalani hukuman sivil yang lebih dahsyat tidak mengalami trauma ? Apakah SII faham apa itu trauma ? Apakah semua trauma itu tidak memberi kesan yang tidak baik ? Kalaulah trauma itu boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan hukuman, maka apa gunanya undang-undang dibuat untuk diperintahkan hukuman ? Mengapa SII hanya menentang hukuman syariah tetapi tidak menentang hukuman sivil ? Bodoh betul la SII ni. Tak logik langsung. 

No comments:

Post a Comment