Friday, October 9, 2009

Kita dilarang dari bertaqlid ... Peranan ulama dan ustaz

1. Para ulama dan ustaz-ustaz mengwarwarkan bahawa orang Islam dilarang dari bertaqlid. Diakhirat kelak, apabila ditanya oleh malaikat kenapa kita berlaku itu dan ini, kita tidak boleh menjawab "Sebab ustaz itu cakap macam itu".
2. Dalam suasana sekarang, adakah para ulama dan uztaz telah membina situasi dimana orang islam boleh membuat keputusan sendiri ?
3. Apabila timbul sesuatu isu, biasanya para ulama mengeluarkan kenyataan yang bersifat kesimpulan. Latarbelakang bagaiman kesimpulan itu dicapai tidak dinyatakan. Akibatnya, orang Islam akan berpegang pada 'pendapat' ulama tersebut.
4. Sikap ulama seperti ini adalah bertentangan dengan nasihat yang mereka berikan iaitu jangan bertaqlid.
5. Apabila sesuatu isu timbul, ulama dan ustaz hendaklah bersepakat dan menyelidik ayat-ayat Quran dan hadis yang ada kaitan dengan isu tersebut, kemudian mendedahkan ayat-ayat tersebut kepada orang islam lain, supaya orang Islam mengambil kesimpulan sendiri, bukan bertaqlid pada ulama. Apabila ulama mendapati ada kesimpulan oleh orang ramai yang tidak menepati maksud sebenar, ulama hendaklah mendidik orang tersebut kearah menepati maksud sebenar.
6. Ulama dan ustaz diberi masa dan pendidikan dalam bidang agama, bukan untuk menjadikan bidang itu menjadi milik mereka seorang, tetapi untuk mendedahkan pengetahuan mereka kepada orang ramai. Apabila mereka hanya mendedahkan kesimpulan-kesimpulan, ini menjadikan mereka sebenarnya bersikap memilik pengetahuan agama yang mereka terima.
7. Kalau kita baca artikel-artikel di majalah, suratkhabar atau dengar ceramah-ceramah agama, kita dapati ulama dan ustaz cenderung sangat mengeluarkan kesimpulan mereka sendiri, bukan mendedahkan ayat-ayat Quran atau hadis yang berkaitan dengan isu yang mereka utarakan. Kalau artikel atau ceramah mereka panjang, hanya satu atau dua ayat Quran atau Hadis yang disebut, yang lainnya adalah rumusan mereka sendiri.
8. Bagaimanapun, tidak semua ulama atau ustaz bersikap begitu. Tetapi olehkerana majoriti ulama dan ustaz bersikap demikian, maka itulah gambarannya.

Tuesday, October 6, 2009

Cadangan supaya bertimbangrasa dengan pesalah

Salam Tun,
Lepas ni saya cadangkan Tun bagi pendapat pada pemerintah Malaysia supaya bertimbangrasa dan menghukum dengan belas kasihan kepada perompak, perogol, pengedar dadah, pembunuh. Bukankah kita kena mendidik mereka dan bertimbangrasa. Mansuhkan hukuman SEBAT yang terlalu keras, mansuhkan hukuman tali gantung. Kasihan kepada mereka semua.."

Dipetik dari komen dalam http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/hukum-allah.html#more 

Friday, October 2, 2009

Pengikisan Melayu

Isu :

1. Menafikan orang Melayu penduduk asal Nusantara. Ada yang kata Melayu berasal dari Yunan, ada yang kata dari Indonesia.
2. Mempersoal amalan orang Melayu yang telah diamalkan sejak dulu seperti laungan azan. India yang datang kesini berani pulak mengatakan laungan azan itu mengganggu mereka. Kalau tak suka boleh balik India lah !
3. Kanun Tanah Negara yang baru menjadikan tanah orang Melayu boleh diambil dengan pelbagai alasan untuk dikongsi dengan India/Cina.
4. Memberi hak kepada bukan Melayu untuk memiliki tanah.
5. Bandingkan LLN dengan TNB dari segi pemilikan ekuiti dan kaum yang menceburinya.
6. Bandingkan Telekom dengan TM dari segi pemilikan ekuiti dan kaum yang menceburinya.
7. Bandingkan industri telekomunikasi dulu dan sekarang.
8. Bandingkan pemilikan pelabuhan-pelabuhan dulu dan sekarang.
9. Nasib Bahasa Melayu.
10. Penghadan kuasa raja-raja Melayu.
11. Akhir-akhir ini lagu-lagu 1Malaysia yang mempromosikan hak samarata selalu dimainkan.
12. Akhir-akhir ini ucapan-ucapan pemimpin Melayu lebih kepada memberi hak samarata kepada kaum lain.
13. Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
14. Tanah orang Melayu dinilai rendah tapi rumah Cina dinilai tinggi.
15. Tanah orang Melayu diambil untuk dibuat perumahan tapi rumah dijual dengan harga yang tak mampu dibeli oleh orang Melayu.
16. Satu masa nanti, orang Melayu mungkin akan dihalang dari memperkatakan hak mereka kerana akan dianggap berciri perkauman dan melanggar undang-undang anti-perkauman negara.