Monday, September 28, 2009

Membaca Perlembagaan Negara

Perlembagaan Negara hendaklah dibaca bersama dengan sejarah yang menjadi asas isinya. Perlembagaan tidak ditulis semata-mata kerana ia mahu ditulis, tetapi ia dibentuk berasaskan sejarah yang berpengaruh membentuk isinya. Sama seperti membaca al-Quran, ia perlu dibaca bersama dengan peristiwa yang berlaku sebelum atau semasa penurunannya untuk lebih memahaminya.

Disinilah berlaku pertembungan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Orang bukan Islam tidak mementingkan sejarah latarbelakang sesuatu undang-undang. Bagi mereka apabila undang-undang telah ada, undang-undang itu berdiri dengan sendirinya dan tidak perlu dibaca dengan sejarah yang mempengaruhi pembentukan isinya. Sedangkan bagi orang Islam, sejarah latarbelakang yang mempengaruhi pembentukan isi undang-unbdang itu adalah penting difahami dalam memahami sesuatu undang-undang.

No comments:

Post a Comment