Friday, September 4, 2009

MCA dan MIC bukan untuk menuntut kemerdekaan

Orang-orang Cina dan India tidak pernah berjuang untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, kerana mereka tidak menganggap Tanah Melayu ini tanahair mereka, tanahair mereka ialah negara Cina dan India. MCA dan MIC ditubuhkan hanya untuk menjaga kepentingan dan hal ehwal kaum Cina dan India di Tanah Melayu. Mereka tidak peduli siapa yang memerintah Tanah Melayu asalkan mereka dapat menjaga periuk nasi mereka. malah mereka, melalui Parti Komunis berazam untuk menakluk Tanah Melayu ini. Orang Melayu lah yang berjuang untuk menuntut kemerdekan dan berjuang cuba membebaskan diri mereka dan tanahair mereka dari penjajahan. Pada mulanya, parti UMNO lah sendirian yang berunding dengan kerajan British untuk meminta kemerdekaan. Pihak British lah kemudian yang meminta MCA dan MIC dibawa berunding bersama, bukan inisiatif pemimpin MCA atau MIC untuk meminta kemerdekaan, kerana bukan tujuan penubuhan badan itu untuk mendapatkan kemerdekaan.

No comments:

Post a Comment