Monday, September 14, 2009

Sejarah sudah tidak penting ?

Sejarah kedudukan dan kepentingan hak Melayu di Tanah Melayu sudah tidak diambil peduli oleh PAS beralaskan Islam. Sejarah kedudukan Melayu di Tanah Melayu sudah tidak diambil peduli oleh PKR kerana mahu memberi hak samarata kepada orang bukan Islam. Sejarah kedudukan Melayu di Tanah Melayu juga sudah mula tidak diambil peduli oleh UMNO kerana mahu meraih undi bukan Islam. Lihat saja kepada ucapan pemimpin-pemimpin dari parti-parti berkenaan. Utusan Malaysia sebagai akhbar UMNO beriya-iya mengapi-apikan perasaan tebal keMelayuan tapi ucapan PM dari UMNO menyimpang jauh dari apa yang dituliskan oleh Utusan. Utusan dibaca oleh orang-orang kampung, jadi ucapan PM yang berbau PKR tidak disebut dalam akhbar Utusan. Begitulah orang-orang Melayu kampung sedang dipermainkan dan sedang ditipu masa depan mereka dari segala sudut oleh pelbagai pemimpin.    

No comments:

Post a Comment