Monday, August 31, 2009

Kepala babi, kepala lembu

Saja dicatit untuk ingatan :
Di Melaka, pernah berlaku kepala babi digantung didepan sebuah rumah milik oang Islam, diikuti dengan sekali lagi kepala babi diletakkan didepan sebuah surau. Di Selangor, kepala lembu diletakkan didepan Bangunan SUK.

Khalid Samad bercakap bohong terang-terang ....

Heran orang PAS ini, nama saja Islam tapi bercakap bohong terang-terangan, dia ingat orang Melayu tak pandai baca peta ke ? Dia kata antara kawasan perumahan dan tapak kuil di seksyen 23 Shah Alam ada terdapat padang permainan, dewan orangramai, stesen TNB. Kita ingat tentulah ketiga-tiga benda tu terletak berturut-turut, tapi rupanya sebelah menyebelah, bermakna hanya padang permainan yang memisahkan surau dengan tapak kuil. Dan ada satu jalan lurus antara surau dan tapak kuil, bermakna jika ada perarakan Hindu (dalam setahun ada 3 atau 4 kali), ia pasti melalui depan surau tersebut. Khalid Samad mungkin belum mengalami seksanya penduduk bila ada perarakan Hindu. Puh, macam zaman kuno betul !

Malaysia tak sama dengan Amerika

Ada segelintir orang Cina dan India, dalam usaha mendapatkan hak samarata, menggunakan alasan bahawa di Amerika pelbagai bangsa hidup bersama dengan hak samarata, sebab itu orang disana maju. Mereka ini sengaja menutup mata bahawa orang kulit putih di Amerika bukanlah penduduk asal Amerika, mereka mendatang dari Eropah dan menghapus kaum asal Amerika iaitu Red Indian. Orang kulih hitam juga bukan penduduk asal Amerika kerana mereka dibawa dari Afrika. Bodoh lah kalau orang Melayu mahu menjadi seperti Red Indian di Amerika. Tapi ada juga segelintir bijak pandai Melayu berpendidikan Barat yang terpengaruh dengan alasan segelintir Cina dan India itu.

Orang Melayu disuruh balik ke Indonesia

Ada segelintir oarg Cina dan India, dalam usaha mendapatkan hak samarata, mendakwa orang Melayu berasal dari Indonesia, iaitu sama dengan mereka sebagai pendatang di Malaysia, lalu mereka menyuruh orang Melayu balik ke Indonesia. Nampak sungguh segelintir bijakpandai Cina dan India ini buta sejarah. Mereka tidak tahu bahawa Malaysia adalah sebahagian dari gugusan kepulauan Melayu yang merangkumi Indonesia, Selatan Siam, Singapura, Brunei, Filipina, Malaysia, Papua, Timor Leste. Inilah kawasan orang Melayu, sama seperti benua India tempat orang India dan benua Cina tempat orang Cina. Menyuruh orang Melayu balik ke Indonesia samalah seperti menyuruh orang Bangla balik ke India, orang Hongkong balik ke Cina, orang Taiwan balik ke Cina, orang Pakistan balik ke India. Tapi ada juga segelintir orag Melayu berpendidikan Barat bersekongkol dengan segelintir Cina India bodoh itu.

Benarkah Melayu berasal dari Yunan

Ada segelintir orang Cina dan India, dalam usaha mendapatkan hak samarata di Malaysia, memberi alasan bahawa Melayu di Malaysia adalah sama dengan mereka sebagai kaum yang mendatang kerana orang Melayu berasal dari Yunan, Cina. Jika benar, kerajaan hendaklah mengambil peranan menjemput pakar-pakar sejarah untuk membuktikan kesahihannya. Dan jika kemudian didapati benar, kerajaan dan NGO2 Cina dan India itu hendaklah berunding dengan kerajaan Cina supaya mengambil orang Melayu kembali ke tanahair mereka di Yunan kerana mereka ada hak tinggal disitu.

Menyatupadukan Malaysia ....

Menyatupadukan Malaysia tidak boleh dilakukan dengan mengikis hak sesuatu kaum dan menambah hak kaum yang lain. Perpaduan harus dipupuk dengan semua kaum menyedari kedudukan masing-masing, lalu tidak menuntut apa-apa yang mengikis hak kaum lain.

Friday, August 28, 2009

Kenapa kita nampak Maya Karin cantik ?

Kita nampak Maya Karin cantik sebab saiz kita. Kalau saiz kita besar macam gunung, kita tak akan nampak dia cantik. Kalau saiz kita kecik macam kuman, kita tak akan nampak dia cantik. Bersyukurlah kerana Allah menciptakan kita dengan saiz kita seadanya.

Wednesday, August 26, 2009

Apa yang UMNO harus sedar ...

Apa yang UMNO harus sedar sekarang ialah bahawa 'Islam' adalah 'the in-thing' sekarang, bukan 'Melayu'. Islam itu merangkumi semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain. Melindungi orang Islam bererti turut melindungi orang Melayu juga, tapi dengan lebih bermaruah, bukan merompak harta negara untuk kekenyangan sebahagian kecil Melayu sahaja. Inilah persepsi yang UMNO harus sedari.

Tuesday, August 25, 2009

Kes Kartika membuktikan ....

Kes Kartika membuktikan bahawa masyarakat Islam di Malaysia rata-rata mahu mendekatkan diri dengan agamanya dan Tuhannya, tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lah yang enggan menerima hakikat ini kerana asyik takut dengan golongan sekular ( atau mereka sendiri memang kurang jiwa agamanya) dan takut dengan apa pandangan media antarabangsa. Dasar pengecut. Beberapa keputusan pilihanraya kecil dan kemenangan besar diawal pimpinan Abdullah adalah membuktikan juga bahawa masyarakat mahukan sesuatu yang menenangkan jiwa mereka dengan mahukan tindakan-tindakan yang lebih berciri keagamaan, tetapi pemimpin-pemimpin UMNO asyik enggan menuju kearah itu.

Peluang menjelaskan Islam tidak diambil

Proses menyebat Kartika di tangguhkan oleh pihak berkuasa agama di Pahang kerana takut media antarabangsa mungkin menganggap Malaysia dilabel sebagai sudah menjadi 'fanatik' dan tidak progresif. Sepatutnya proses sebatan harus dijalankan terus kerana ini akan membuktikan kepada bukan Islam bahawa proses sebatan dalam Islam tidak samasekali bersifat kejam seperti yang dilaksanakan oleh penjara-penjara negara kafir dan sebatan yang dilaksanakan dibawah undang-undang sivil dinegara ini dan di merata dunia. Kalau pun nak ditangguh berilah alasan kerana menghormati bulan Ramadan, bukan kerana takut apa orang kafir akan kata. Kalau orang alim sendiri dah takut dengan mulut (bukan bom) orang kafir, apa lagi orang biasa macam Kartika dan macam kita semua. Poorah ... songkok dan serban aje cantik.

Orang Cina tak faham kemajuan ?

"“I am saddened by the fact that the Chinese community here have failed to fulfill their vows of support. They have failed to understand the concept of development that BN is trying to bring to the people of Permatang Pasir,” said Rohaizat. - http://www.malaysiainsider.com/index.php/malaysia/36026-rohaizat-saddened-by-unfulfilled-vows-of-chinese-support-

Eh, kan kata orang, orang Cina lebih maju dan progresif dari org Melayu, tak kan nak kata mereka tak faham konsep kemajuan yang cuba dibawa oleh beliau ? Sapa yang tak faham sebenarnya ?....

Contoh cakap orang munafik

"This (PAS) is a party which is so full of itself. It is filled with people who believe that Islam needs their help and assistance all the time. With people who believe that God is so meek and weak that He needs defending by them." - Art Harun : http://www.malaysiainsider.com/index.php/opinion/art-harun/35984-will-the-real-pas-please-stand-up

Bagi orang seperti ini, usaha menegakkan perintah Allah bererti Allah bergantung kepada kita. Apa punya sewel mamat ni. 

Kenapa PAS menang di Permatang Pasir

PAS menang di Permatang pasir kerana sentimen rakyat melihat tindakan pro-aktif Sdr Hassan Ali berkenaan pengendalian arak oleh orang Islam, satu tindakan yang berani dan boleh menjadi batu asas mengembalikan maruah orang Islam, dan kerana langkah Tan Sri Muhyidin 'mensabotaj' Datuk Sri Najib dengan sengaja memilih Rohaizat yang bermasalah sebagai calon. 

Takut dilabel tak progresif

Nampaknya perkataan baru yang menakutkan pemimpin Melayu Islam tak kira UMNO, PAS atau PKR ialah takut dilabel sebagai tak progresif, bukan takutkan Allah. Berbuih-buih telinga dengar ceramah supaya takutkan Allah, termuntah-muntah mulut membaca artikel supaya takutkan Allah, tapi sewenang-wenangnya pemimpin Islam takut dengan label 'tak progresif'. Nanti apa lagi bala yang Allah turunkan sebagai peringatan.

Self-Regulation ?

Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor memperkenalkan cara Self-Regulation untuk menangani isu penjualan arak di kawasan yang majoriti penduduknya orang Islam. Dah gila ke dia ni ? Ini lah jadinya kalau pemimpin Melayu dah terlalu kebaratan.

Dibelakang setiap orang ...

Dibelakang setiap lelaki yang berjaya ialah seorang wanita. Dibelakang seorang pemimpin yang maju kedepan ialah seorang 'sponsor' ...

Pilihanraya masa bulan Ramadan

Tak bole ke, jika pilihanraya akan jatuh pada bulan Ramadan atau seminggu awal Syawal, pilihanraya itu ditangguhkan kepada tarikh lain untuk menghormati bulan Ramadan dan Syawal. Dalam kes Kartika, hukuman sebat ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan, jadi elok juga pilhanraya ikut kaedah ini.

Kisah Nabi Daud AS dan 99 ekor kambing

Kisah ini ialah mengenai seorang pengembala yang yang sudah mempunyai 99 ekor kambing, tetapi masih meminta kepada seorang pengembala lain (yang hanya mempunyai satu ekor kambing) supaya membenarkan dia memiliki satu ekor kambing kepunyaan pengembala lain itu. Alasannya sangat cantik iaitu supaya cukup kambingnya menjadi 100 ekor. Kalaulah hal ini berlaku dizaman ini, di Malaysia, rasanya pihak pemerintah akan memberi sokongan kepada pemgembala 99 ekor kambing itu untuk mengambilalih seekor kambing lain itu, atas alasan tujuan dia adalah cantik dan menarik, dan lagi pemilik seekor kambing itu dipandang rendah oleh pemerintah kerana dia miskin dan tidak ada nilai ekonomi.

Sunday, August 23, 2009

Conscience ?

Many people want other people to follow conscience. However, these people as if dont realise that one's conscience is not the same with others'. Same issue, but may be looked differently by different people because of difference in conscience. So, conscience is not the ultimate solution to many problems. The ultimate solution is by using a religion, Islam.

iPhone ? wait ...

waiting for 3Gs iPhone with 5 MP camera ...

Saturday, August 22, 2009

Orang Melayu sedang tersepit

Orang Melayu sedang tersepit antara memilih UMNO yang pemimpinnya mengisi kantong sendiri dengan PKR yang pemimpinnya mengikis secara terang-terang hak Melayu dan PAS yang keras kepala tak tentu pasal.

Apa hukum mengutamakan orang kafir

Ingin bertanya kepada para ulama, apakah hukumnya mengutamakan 'rakan' kita seorang kafir lebih dari 'bukan rakan' kita yang sama beragama Islam ?

Apakah hukumnya seorang peminpin beragama Islam memenuhi kehendak orang kafir dan mengenepikan kehendak orang Islam ?

Friday, August 21, 2009

Minta dari Allah

Minta dari Allah
Minta dari Allah
Minta dari Allah
Minta dari Allah

Walau sekecil mana pun keinginan, panjatkan permintaan kepada Allah.