Tuesday, September 15, 2009

Orang Indonesia sudah tidak ada semangat keNusantaraan ?

Sekarang ini orang Indonesia begitu benci pada orang Malaysia kerana kes tarian Pendet.

1. Yang herannya, mereka benci hanya pada orang Melayu, tapi tidak pada orang India atau Cina. Walaupun mereka sebut 'Ganyang Malaysia', tapi maksud sebenar mereka ialah 'Ganyang Melayu'.

2. Mereka menuduh Malaysia menjadi orang suruhan Inggeris, semata-mata kerana Malaysia pernah dijajah Inggeris. Yang herannya mereka tidak tidak pula menyatakan bahawa mereka itu orang suruhan Belanda kerana mereka pernah dijajah Belanda. Apakah pada mata mereka jadi bekas jajahan Belanda lebih mulia dari jadi bekas jajahan Inggeris.

3. Mereka menuduh orang Malaysia mencuri tarian Pendet. Tidakkah mereka sedar bahawa satu masa dahulu Malaysia dan Indonesia adalah satu dalam Nusantara. Orang-orangnya berbahasa sama, berkulit warna sama, agama ramai yang sama, berdagang banyak sesama sendiri, saling bergerak bebas kesana sini dialam Nusantara. Apakah sekarang orang Indonesia sudah tidak ada semangat Nusantara ini, dan benar-benar mahu menganggap orang Melayu memang berbeza dengan orang Indonesia (orangt Jawa/Sunda sebenarnya). Adakah semata-mata kerana dijajah oleh penjajah yang berbeza menjadikan orang Jawa mengikut telunjuk penjajahan untuk memecahbelahkan masyarakat Nusantara ?

4. Kenapa sejarah yang diingat oleh orang Jawa hanya setakat tahun-tahun penjajahan Belanda/Inggeris ?  Mengapa mereka tidak melihat sejarah yang lebih awal ? Adakah mereka buta sejarah ?

No comments:

Post a Comment