Sunday, September 13, 2009

Mengikis hak Melayu : UMNO sendiri lebih sudu dari kuah ?

1. Pemimpin UMNO yang sudah jadi pemimpin Nasional, sejak dari zaman Abdullah Badawi, biasanya akan memujuk orang Melayu supaya menerima anggapan bahawa bangsa adalah sama taraf dan sama hak dengan orang Melayu. Ini adalah berikutan dengan kemajuan yang dicapai oleh PR yang menggunakan isu sama-taraf ini dalam kempen-kempen mereka, seolah-olah sebahagian orang Melayu sendiri sudah menerima anggapan bahawa kaum lain adalah sama taraf dengan orang Melayu di Malaysia dari segi hak pribumi. Kita harap pemimpin UMNO yang sudah jadi PM tidak tersalah baca keputusan pilihanraya lepas itu. Orang Melayu ramai yang mem,angkah PR bukan kerana mereka bersedia menerima sama-taraf kaum bukan Melayu, tetapi adalah kerana sudah tak tahan dengan sikap rasuah orang-orang UMNO.

2. Ucapan PM yang menjurus meminta orang Melayu bertukar sikap ini hanya tersiar di akhbar Bahasa Inggeris atau laman web Malaysia berbahasa Inggeris tetapi tidak disiarkan dalam akhbar bahasa Melayu seperti Utusan dan Berita Harian.

3. UMNO sepatutnya terus berjuang mempertahankan hak-hak orang Melayu. Jika UMNO tidak mahu lagi memperjuangkan hak orang Melayu, nasib UMNO akan lebih parah. Sudahlah orang Melayu hilang hak mereka, UMNO sendiri juga akan terus hanyut. 

No comments:

Post a Comment