Tuesday, November 24, 2009

Punah kalau dapat pemimpin yang perasan

Pemimpin yang perasan bahawa negaranya sudah maju dan kaya akan cenderung melaksanakan langkah-langkah yang bersifat mahu bermegah-megah, menonjol-nonjolkan diri, berbelanja kearah pemborosan dan sebagainya. Yang akan merasa tersepit ialah rakyat jelata.

Wednesday, November 18, 2009

Islam Dr Asri lebih betul ?

Sebagai orang biasa, memang pening sikit sekarang ni, bila Dr Asri kata dia akan terus mendakwahi (preaching) Islam yang sebenar .... tiba-tiba Islam yang kita amalkan sekarang kurang benar atau ada 'defect' ... kita pun belum tahu setakat mana benarnya Islam Dr Asri tu ... kalau nak ikut dia, takut yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Memang benar dia tu 'bekas mufti' tapi tak bererti semua cakapnya betul. Ada beribu lagi 'mufti' atau orang yang sama tarafnya di dunia ini..

Thursday, November 12, 2009

Dimana pakar psikologi kita ?

Saya teringin nak mendapatkan hasil kajian (jika ada) tentang kaitan antara sikap merempit dengan paparan media, antara kisah pembunuhan sadis (contoh mak bunuh anak, kekasih bunuh kekasih dan sebagainya) dengan paparan media juga, filem dan sebagainya. Dalam kajian itu mungkin ditunjukkan temuduga dengan pesalah tentang apakah yang mempengaruhi tindakannya membunuh, adakah kerana kerap melihat filem atau paparan media yang sadis mempengaruhi tindakannya. Selama ini kita hanya setakat beranggapan tapi tiada kajian yang dapatkan menguatkan atau melemahkan anggapan kita tentang kaitan antara media dengan tindakbalas manusia. Kemana agaknya pakar-pakar psikologi kita, kenapa tiada kajian dipaparkan di mana-mana, atau adakah memang ada kajian tapi tersembunyi dimana-mana ?

Tuesday, November 3, 2009

"People voted for us because they wanted to see change"

"People voted for us because they wanted to see change" - Khalid Samad, Shah Alam MP (PAs) - the Sun 4 Nov 2009 page 9.

Tapi nampaknya, PR tersalah baca apa kah perubahan yang rakyat mahukan. Apa yang PR lakukan di Selangor lebih merupakan perubahan yang dimahukan oleh pemimpin yang terpilih, bukannya perubahan yang dimahukan oleh rakyat yang memilih mereka.