Tuesday, September 1, 2009

Tak ada dokumen lebih selamat ?

Penduduk Kg Buah Pala tak ada dokumen yang mengatakan mereka memiliki tanah disitu. Dulu kawasan itu adalah estet, jadi apabila estet telah dijual, sepatutnya mereka keluar, tapi pemilik baru tanah membiarkan penduduk terus tinggal disitu, mungkin atas rasa belas kasihan. Sepatutnya penduduk, apabila dibiarkan duduk disitu tanpa membayar sewa sesen pun, hendaklah berusaha mencari duit untuk membeli kediaman baru ditempat lain. Tapi mereka naik lemak, macam kaduk naik junjung. Sekarang ini mereka menuntut macam-macam, seolah-olah mereka ada hak keatas tanah itu. Saya agak, ramai penduduk yang sudah memiliki rumah lain sebenarnya di luar tetapi sengaja terus tinggal di kampung itu dengan harapan mahu mendapat pampasan. Hal seperti ini dilakukan oleh seorang staf Hindu ditempat kerja saya dimana dia terus tinggal di setinggan kampung kebun bunga shah alam walaupun sudah ada rumah teres di Meru Klang, akhirnya pindah selepas dapat pampasan sebuah rumah flet. Begitu juga dengan seorang Tamil (Kristian) yang sekerja dengan saya yang telah memiliki rumah di Taiping tetapi terus menduduki setinggan di Mentari, akhirnya diberi pampasan sebuah flet dikawasan itu.

Kuil di Seksyen 19 Shah alam juga adalah kuil haram, tidak didaftarkan tetapi mak oi, susahnya nak dirobohkan, malah minta diganti pulak.

Nasib baik diorang tu jadi Hindu, kalau jadi Muslim memang dah lama kena terajang cepat2 oleh pemimpin 'muslim' sendiri, tak kira la ameno ka, pas pis pus ka, pkera ka...

No comments:

Post a Comment