Sunday, September 6, 2009

Orang Islam tak boleh makan daging lembu ?

Kes berarak membawa kepala lembu akan dibawa ke mahkamah, mungkin atas dakwaan menghina penganut Hindu dan agama Hindu. Nampaknya orang bukan Hindu selepas ini tak boleh buat apa-apa keatas lembu atau apa-apa bahagian lembu kerana akan didakwa menghina agama Hindu dan penganut Hindu memandangkan lembu adalah binatang suci dalam agama hindu. Ini termasuk menjual daging lembu, makan daging lembu, menggunakan lembu sebagai pedati (jika ada lagi) dan sebagainya. Sesiapa yang melanggar lembu yang tidur ditengah jalan akan dihukum lebih keras. Sesiapa yang melanggar tahi lembu ditengah jalan juga akan didakwa dan dihukum. Hissss takuuuuuuut ! 

No comments:

Post a Comment