Monday, December 14, 2009

Hak Keistimewaan Melayu dihujung tanduk

1. Sekarang ini pemimpin tertinggi UMNO sudah mula tunduk kepada desakan DAP/PKR untuk mengikis hak keistimewaan Melayu. Cakap-cakap oleh Najib dan Nazri adalah jelas menunjukkan bahawa mereka mahu membawa UMNO lebih sudu dari kuah dari DAP/PKR dalam mengikis hak istimewa orang Melayu.

2. Jika UMNO meninggalkan hak istimewa orang Melayu dalamasa terdekat, ini bermakna sekarang ini orang Melayu tidak ada back-up plan. Tidak ada satu parti lain yang boleh diambil sebagai ganti UMNO bagi mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

3. UMNO menganggap dirinya Melayu dan Melayu itu UMNO. Apabila UMNO mengambil keputusan bahawa tidak ada lagi hak istimewa orang Melayu, mereka menganggap orang Melayu akan patuh dan ikut serta. Sebenarnya mereka silap. Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu hanya jika UMNO mempertahankan hak istimewa orang Melayu.

4. Kita mungkin akan melihat nasib trajis keatas orang Melayu dalam tempoh terdekat ini yang akan diambil oleh Najib dan Nazri.

5. Apakah ada unsur rasuah dalam percubaan menggadai hak istimewa orang Melayu oleh Najib dan nazri dalam ucapan-ucapan mereka ?

Sunday, December 6, 2009

Mengajar agama perlukan tauliah ?

1. Membuat undang-undang mengajar agama perlukan tauliah itu sendiri adalah satu bida'ah.

2. Generasi kita, termasuk yang membuat undang-undang tentang tauliah, membesar dengan mendapatkan pengetahuan agama sebahagian besarnya melalui pengajaran agama secara tidak rasmi dari orang-orang yang tidak ada tauliah kerana pada masa itu konsep tauliah belum ada. Adakah kita hendak menggigit tangan yang telah memberi faedah kepada kita ?

3. Bayangkan jika orang-orang yang hendak mengajar matematik, sains, mekanik motor, dan lain-lain perlukan tauliah sebelum mereka dibenarkan mengajar.

4. Keperluan tauliah nampaknya hanya satu teknik dan tektik untuk mengekang perkembangan Islam di Selangor.

5. Mengajar agama itu tidak salah. Yang salah ialah mengajar agama yang salah. Kalau mengajar agama yang betul, itu tidaklah salah. Tetapi keperluan tauliah menghumban orang yang mengajar agama yang betul dan yang mengajar agama yang salah dalam satu bakul. Ini tentulah tidak adil. Undang-undang sepatutnya dibuat untuk mendakwa orang yang salah saja dalam mengajar isi agama. 

Friday, December 4, 2009

Penghijrah

Orang-orang Cina yang berhijrah itu (melepaskan kewarganegaraan), semasa di Malaysia mereka tak mau bercakap Melayu kerana menganggap kerajaan menekan penggunaan bahasa Cina, tapi apabila mereka berada di Australia/NZ/UK/US, mereka sanggup pula bercakap Inggeris dan mengenepikan bahasa Cina. Hairan...

Tuesday, December 1, 2009

Ramai yang serah kewarganegaraan

Ramai rakyat malaysia yg serah kewarganegaraan dan berhijrah ke negara lain. Saya tumpang gembira dengan langkah mereka-mereka ini, kerana setidak-tidaknya mengurangkan kesesakan manusia di Malaysia.