Tuesday, August 25, 2009

Peluang menjelaskan Islam tidak diambil

Proses menyebat Kartika di tangguhkan oleh pihak berkuasa agama di Pahang kerana takut media antarabangsa mungkin menganggap Malaysia dilabel sebagai sudah menjadi 'fanatik' dan tidak progresif. Sepatutnya proses sebatan harus dijalankan terus kerana ini akan membuktikan kepada bukan Islam bahawa proses sebatan dalam Islam tidak samasekali bersifat kejam seperti yang dilaksanakan oleh penjara-penjara negara kafir dan sebatan yang dilaksanakan dibawah undang-undang sivil dinegara ini dan di merata dunia. Kalau pun nak ditangguh berilah alasan kerana menghormati bulan Ramadan, bukan kerana takut apa orang kafir akan kata. Kalau orang alim sendiri dah takut dengan mulut (bukan bom) orang kafir, apa lagi orang biasa macam Kartika dan macam kita semua. Poorah ... songkok dan serban aje cantik.

No comments:

Post a Comment