Tuesday, August 25, 2009

Kisah Nabi Daud AS dan 99 ekor kambing

Kisah ini ialah mengenai seorang pengembala yang yang sudah mempunyai 99 ekor kambing, tetapi masih meminta kepada seorang pengembala lain (yang hanya mempunyai satu ekor kambing) supaya membenarkan dia memiliki satu ekor kambing kepunyaan pengembala lain itu. Alasannya sangat cantik iaitu supaya cukup kambingnya menjadi 100 ekor. Kalaulah hal ini berlaku dizaman ini, di Malaysia, rasanya pihak pemerintah akan memberi sokongan kepada pemgembala 99 ekor kambing itu untuk mengambilalih seekor kambing lain itu, atas alasan tujuan dia adalah cantik dan menarik, dan lagi pemilik seekor kambing itu dipandang rendah oleh pemerintah kerana dia miskin dan tidak ada nilai ekonomi.

No comments:

Post a Comment