Tuesday, August 25, 2009

Kes Kartika membuktikan ....

Kes Kartika membuktikan bahawa masyarakat Islam di Malaysia rata-rata mahu mendekatkan diri dengan agamanya dan Tuhannya, tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lah yang enggan menerima hakikat ini kerana asyik takut dengan golongan sekular ( atau mereka sendiri memang kurang jiwa agamanya) dan takut dengan apa pandangan media antarabangsa. Dasar pengecut. Beberapa keputusan pilihanraya kecil dan kemenangan besar diawal pimpinan Abdullah adalah membuktikan juga bahawa masyarakat mahukan sesuatu yang menenangkan jiwa mereka dengan mahukan tindakan-tindakan yang lebih berciri keagamaan, tetapi pemimpin-pemimpin UMNO asyik enggan menuju kearah itu.

No comments:

Post a Comment