Saturday, January 2, 2010

Biar mereka guna 'Alah' bukan 'Allah'.

1. Cara orang Kristian menyebut 'Allah' tentu tidak sama dengan cara orang islam menyebut. Bunyi sebutan mereka lebih kepada 'alah', bukan 'Allah'. Jadi, mungkin kita orang Islam boleh benarkan mereka guna 'alah', bukan 'Allah'.

2. Masalah yang dihadapi oleh orang Kristian ialah mereka tidak tahu nama Tuhan mereka. Mereka teraba-raba mencari-cari apakah nama tuhan, tapi tak pernah dapat, lalu mereka pun beranggapan bahawa orang lain pun tidak tahu nama Tuhan. Bagi mereka 'Allah' itu bukan nama Tuhan, tapi nama am iaitu bagi mereka 'Allah' bermakna 'Tuhan'.

1. Dalam syahadah, kita menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah'. Kita tidak menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Tuhan'. Kita juga tidak menyebut 'Tiada Allah melainkan Allah'. Syahadah dengan sendirinya memberi pengertian bahawa 'Tuhan' adalah nama 'am' sementara 'Allah' adalah nama khusus/khas.

2. Dalam Quran, 'Tuhan' disebut sebagai 'Rabb', sementara 'Allah' ialah 'Allah'. Ini menunjukkan bahawa dalam Quran,  'Tuhan' adalah nama am sementara  'Allah' ialah nama khusus/khas.

3. Dalam Kristian, mereka tidak ada nama khusus bagi Tuhan mereka, lalu mereka beranggapan bahawa orang Islam juga sama seperti mereka iaitu tiada nama khusus bagi Tuhan. Jangan terperangkap dengan cara mereka, nanti kita juga beranggapan Tuhan tidak bernama.

4. Bible Inggeris seluruh dunia tidak pernah menggunakan 'Allah' sebaliknya menggunakan God atau Jesus sedangkan bible mereka dianggap lebih asli dari bible arab atau bible Melayu. Bible Arab atau Melayu hanyalah terjemahan dari bible Inggeris. Kita ingat bahawa Kristian berkembang dari tanah Israel ke Eropah/Vatican, jadi bible Eropah adalah lebih asli dari bible Arab atau Melayu.

5. Bible Melayu hanya berupa terjemahan dari bible asal dalam bahasa Inggeris. kalau bible dalam bahasa Inggeris tidak menggunakan 'Allah' tetapi 'God'/Jesus, seharusnya terjemahan God dalam bahasa Melayu adalah Tuhan/Jesus/Almasih, bukan 'Allah'.

6. Dalam Quran, disebut bahawa nabi Adam dan nabi Ibrahim dan lain-lain nabi menyebut 'Allah' sebagai nama khusus bagi Tuhan. Ini bererti sejak asal memang 'Allah' itu nama khusus bagi Tuhan. Jika ada penggunaan 'Allah' yang tidak membawa makna ia sebagai nama Khusus, ia adalah penyelewengan.

7. Sebagai penyelesaian, saya cadangkan supaya Kristian dibenarkan menggunakan 'alah', bukan 'Allah' kerana bunyi sebutan mereka memang begitu iaitu berbunyi 'alah', bukan 'Allah' seperti yang disebut oleh orang Islam.

No comments:

Post a Comment