Thursday, November 12, 2009

Dimana pakar psikologi kita ?

Saya teringin nak mendapatkan hasil kajian (jika ada) tentang kaitan antara sikap merempit dengan paparan media, antara kisah pembunuhan sadis (contoh mak bunuh anak, kekasih bunuh kekasih dan sebagainya) dengan paparan media juga, filem dan sebagainya. Dalam kajian itu mungkin ditunjukkan temuduga dengan pesalah tentang apakah yang mempengaruhi tindakannya membunuh, adakah kerana kerap melihat filem atau paparan media yang sadis mempengaruhi tindakannya. Selama ini kita hanya setakat beranggapan tapi tiada kajian yang dapatkan menguatkan atau melemahkan anggapan kita tentang kaitan antara media dengan tindakbalas manusia. Kemana agaknya pakar-pakar psikologi kita, kenapa tiada kajian dipaparkan di mana-mana, atau adakah memang ada kajian tapi tersembunyi dimana-mana ?

No comments:

Post a Comment