Friday, October 9, 2009

Kita dilarang dari bertaqlid ... Peranan ulama dan ustaz

1. Para ulama dan ustaz-ustaz mengwarwarkan bahawa orang Islam dilarang dari bertaqlid. Diakhirat kelak, apabila ditanya oleh malaikat kenapa kita berlaku itu dan ini, kita tidak boleh menjawab "Sebab ustaz itu cakap macam itu".
2. Dalam suasana sekarang, adakah para ulama dan uztaz telah membina situasi dimana orang islam boleh membuat keputusan sendiri ?
3. Apabila timbul sesuatu isu, biasanya para ulama mengeluarkan kenyataan yang bersifat kesimpulan. Latarbelakang bagaiman kesimpulan itu dicapai tidak dinyatakan. Akibatnya, orang Islam akan berpegang pada 'pendapat' ulama tersebut.
4. Sikap ulama seperti ini adalah bertentangan dengan nasihat yang mereka berikan iaitu jangan bertaqlid.
5. Apabila sesuatu isu timbul, ulama dan ustaz hendaklah bersepakat dan menyelidik ayat-ayat Quran dan hadis yang ada kaitan dengan isu tersebut, kemudian mendedahkan ayat-ayat tersebut kepada orang islam lain, supaya orang Islam mengambil kesimpulan sendiri, bukan bertaqlid pada ulama. Apabila ulama mendapati ada kesimpulan oleh orang ramai yang tidak menepati maksud sebenar, ulama hendaklah mendidik orang tersebut kearah menepati maksud sebenar.
6. Ulama dan ustaz diberi masa dan pendidikan dalam bidang agama, bukan untuk menjadikan bidang itu menjadi milik mereka seorang, tetapi untuk mendedahkan pengetahuan mereka kepada orang ramai. Apabila mereka hanya mendedahkan kesimpulan-kesimpulan, ini menjadikan mereka sebenarnya bersikap memilik pengetahuan agama yang mereka terima.
7. Kalau kita baca artikel-artikel di majalah, suratkhabar atau dengar ceramah-ceramah agama, kita dapati ulama dan ustaz cenderung sangat mengeluarkan kesimpulan mereka sendiri, bukan mendedahkan ayat-ayat Quran atau hadis yang berkaitan dengan isu yang mereka utarakan. Kalau artikel atau ceramah mereka panjang, hanya satu atau dua ayat Quran atau Hadis yang disebut, yang lainnya adalah rumusan mereka sendiri.
8. Bagaimanapun, tidak semua ulama atau ustaz bersikap begitu. Tetapi olehkerana majoriti ulama dan ustaz bersikap demikian, maka itulah gambarannya.

No comments:

Post a Comment